Komputer Riba (Laptop)

Surface Laptop Go (Core i5, 8GB/128GB, Windows 10) 12.4" Laptop - Platinum  | Harvey Norman Malaysia

Komputer Riba (Laptop)
 Komputer riba juga digunakan untuk kegunaan peribadi seperti di rumah, pejabat atau sekolah.
 Ianya kecil, ringan dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah

Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga serasi IBM PC.

Nadi utama bagi mikrokomputer ialah Unit Pemprosesan Pusat mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan komputer perniagaan pada waktu itu. Ia hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya untuk permainan elektronik.

Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila atur cara hamparan elektronik VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun 1980-an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan Komputer Peribadi gelaran “Man of the Year”.

Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik, sehingga ia hampir menyamai kuasa komputer pelbagai pengguna, seperti Mainframe. Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started